Sunday 3 February 2013

Hari Pertama Di SMKSD

Alahai...cepatnya masa berlalu.Dah abis cuti dah...Aku kena melapor diri di Sekolah Menengah Keb Sri Dungun ..awal pagi lagi aku dah bertolak..jauh jugak sekolah ni dari tempat tinggal aku..Namun,terpaksa ku gagahi juga kaki ini melangkah..Jarak dari Paka ke Dungun lebih kurang 25 KM.Namun..paling tak best jalannya sangat sibuk..traffic light banyak,,aku bertolak awal pagi iaitu 6.30 aku dah turun dari rumah.dalam pukul 7 sampai la aku ke sana.Guru-guru lain belum sampai lagi....Akulah orang terawal.Pejabat belum buka la.

Walaupun keseorangan di sini..aku cuba-cuba belajar untuk berdikari..Guru-guru kat sini peramah juga orangnya..Kami berkenalan dan kebanyakkannya tidak lokek dengan senyuman..Aku di tempatkan di dalam makmal komputer bersama dengan guru pembimbingku..iaitu Puan Nor Haida Bt Abas.

Kebetulan..hari melapor diri adalah hari Ahad..so,ada la perhimpunan mingguan.



Apa-apa maklumat bolehlah merujuk http://smksed.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

 
Design Downloaded from Free Blogger Templates | Free Website Templates